Wednesday 4 July 2012

NISFU SYA'BAN ♥


Assalamualaikum . Bismillahirrahmanirahim .
Salam Nisfu Sya'ban kepada semua umat islam .
malam yang penuh dengan hujan rahmat terima kasih ya Allah .
Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan ,
 pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela.
 Dan pada 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai
malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan.
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban
iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban .
 Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib,
(15 hb Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk Maghrib)


Aku manusia biasa yang tidak pernah terlepas
daripada melakukan kesilapan
aku memohon maaf kepada semua
dan aku sedia memaafkan kalian , alhamdulillah .
 Mudah mudahan dengan izin Allah amin .

 Nurul Adila Md Amir  ♥